Monday , 22 July 2019

Home » Bencana » 10 rumah di Ipoh dilanda ribut sebelum berbuka puasa

10 rumah di Ipoh dilanda ribut sebelum berbuka puasa

May 12, 2019 5:26 am Category: Bencana, Nasional A+ / A-
10 rumah di Ipoh dilanda ribut sebelum berbuka puasa

IPOH,. Kira-kira 10 buah rumah di kawasan Klebang Prima, dekat sini, terjejas selepas dilanda ribut petang tadi ketika umat Islam sedang bersiap untuk berbuka puasa.

Exco kanan kerajaan negeri, Asmuni Awi, yang datang melihat keadaan rumah yang terjejas serta menziarah mangsa yang terlibat berkata, pihaknya telah menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Asmuni (tiga, kanan) bertanya khabar kepada penduduk Klebang Prima di Ipoh, hari ini. Foto Pejabat DUN Manjoi.

Asmuni (tiga, kanan) bertanya khabar kepada penduduk Klebang Prima di Ipoh, hari ini. Foto Pejabat DUN Manjoi.

Katanya, sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut, beliau bersama pasukan dari Pusat Khidmat Peduli Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi segera turun ke kawasan itu.

“Memasuki waktu Maghrib, kami masih melawat rumah-rumah yang rosak akibat ribut tersebut.

“Kira-kira 10 buah rumah yang terlibat. Kami telah menyampaikan bantuan atap bagi membaikpulih bumbung yang rosak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli DUN Manjoi berkata, terdapat beberapa mangsa akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara kerana rumah mereka terjejas teruk.

“InsyaAllah rumah yang terjejas akan dibaikpulih dengan kadar segera dan semoga mangsa-mangsa yang terlibat bersabar dengan ujian ini,” kata Asmuni.

scroll to top