Friday , 25 May 2018

Home » Nasional » 10 skim haram lesapkan RM1.14 bilion

10 skim haram lesapkan RM1.14 bilion

March 13, 2018 4:45 pm Category: Nasional A+ / A-
10 skim haram lesapkan RM1.14 bilion

ROMPIN,. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati 10 pelaburan haram di negara ini, menyebabkan kerugian RM1.14 bilion sejak tahun 2015 hingga tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan tindakan penguatkuasaan pihaknya bersama beberapa agensi penguatkuasaan lain, selain aduan daripada 758,851 individu yang menjadi mangsa penipuan pelaburan haram ditawarkan dalam tempoh itu.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 227 aduan diterima berkenaan kes penipuan pelaburan haram.
FormatFactory14ygoos2.transformed
“Kita kesan 10 jenis pelaburan haram ditawarkan dengan e-Money iaitu pelaburan tanpa produk, mengakibatkan kerugian tertinggi sebanyak RM700 juta.

“Pelaburan mata wang asing (Forex) pertukaran wang asing; bon solar; ladang kurma; tanaman cili; wireless wifi; pelaburan berasaskan kelapa; pakej percutian dan modal perniagaan juga dikesan aktif mencari mangsa di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada Karnival Youngpreneurs Go (YPGO) di Universiti Teknologi Nasional (UNITEN) Muadzam Shah, yang disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Jamil Salleh, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Naib Canselor UNITEN, Prof Datuk Dr Ir Kamal Nasharuddin Mustapha.

Zahrah berkata, perkara itu menjadi perhatian serius pihak kementerian dan SSM untuk mengekang serta mengurangkan jenayah penipuan itu daripada berleluasa.

Beliau berkata, atas kesedaran itu pihaknya turut melancarkan beberapa kempen termasuk Kempen Kesedaran Scam atau #scamalert2018 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Kempen ini dilaksanakan sebagai inisiatif SSM mengekang pelaburan haram dalam kalangan masyarakat yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini termasuk membabitkan penipuan umrah.

“Kita minta masyarakat peka dan membuat aduan terus kepada SSM jika timbul keraguan berkenaan skim yang ditawarkan sebarang pihak kepada mereka. Jika mereka tidak yakin, semak dahulu dengan mana-mana pihak berkuasa seperti Bank Negara, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), katanya.

Zahrah berkata, setakat ini hanya 205 skim pelaburan pelbagai jenis berdaftar dengan suruhanjaya itu.

scroll to top