Tuesday , 23 July 2019

Home » Bencana » 11.7 juta penduduk di Tanduk Afrika berdepan ancaman kebuluran – PBB

11.7 juta penduduk di Tanduk Afrika berdepan ancaman kebuluran – PBB

June 23, 2019 8:42 am Category: Bencana, Dunia A+ / A-
11.7 juta penduduk di Tanduk Afrika berdepan ancaman kebuluran – PBB

NAIROBI,. Kemarau yang teruk di Tanduk Afrika menyebabkan kira-kira 11.7 juta orang berdepan ancaman kebuluran, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.

Laporan itu, yang disediakan oleh Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), menyebut bahawa lebih 785,000 kanak-kanak mengalami malnutrisi yang teruk di Ethiopia, Kenya, Somalia dan Uganda susulan musim kemarau di rantau itu.

Kemarau turut meningkatkan risiko penyakit seperti kolera, demam kepialu, cirit-birit, jangkitan pernafasan akut dan campak,” menurut OCHA dalam laporan itu.

Agensi PBB itu berkata banyak kawasan yang terjejas akibat kemarau di seluruh rantau tersebut turt berdepan konflik dan keganasan dalaman.

— BERNAMA

scroll to top