Tuesday , 16 October 2018

Home » Bencana » 12,000 penduduk berpindah Gunung Merapi tiba-tiba meletus

12,000 penduduk berpindah Gunung Merapi tiba-tiba meletus

May 12, 2018 12:06 pm Category: Bencana, Dunia A+ / A-
12,000 penduduk berpindah Gunung Merapi tiba-tiba meletus

Kenderaan menyusuri jalan yang diliputi abu selepas Gunung Merapi meletus, di Sleman. - Foto AFP

JAKARTA ,.Penduduk kampung di sekitar Gunung Merapi di Surabaya terpaksa berpindah semalam apabila gunung berapi yang diiktiraf sebagai antara paling aktif di dunia itu meletus secara tiba-tiba dan mengeluarkan asap serta debu setinggi 5,000 meter ke udara.

Susulan itu, kerajaan mengarahkan semua penduduk yang berada dalam jarak lima kilometer dari kawasan gunung berkenaan berpindah ke kawasan lebih selamat selepas penempatan sekitar diselubungi asap tebal termasuk sehingga ke Jogjakarta.

Pihak berkuasa tempatan turut menutup lapangan terbang antarabangsa dan membatalkan 24 penerbangan susulan letupan itu yang bermula kira-kira jam 7.30 pagi waktu tempatan.

Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar penghuni yang menetap di kawasan sekitar Gunung Merapi namun hampir 12,000 penduduk dilaporkan terpaksa berpindah.

Seorang penduduk, Familia Ekawati ketika ditemui di pusat perlindungan berkata, mereka ditempatkan di situ serta merta dan gunung berkenaan tidak memberikan sebarang tanda sebelum ia meletus.

Pihak berkuasa turut mengesahkan kira-kira 120 pengunjung yang sedang mendaki gunung itu ketika ia meletus kini berada dalam keadaan selamat.

Jurucakap agensi bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan berkata, letupan seumpama itu tidak berbahaya dan boleh berlaku pada bila-bila masa terhadap gunung berapi aktif.

“Ia diakibatkan oleh tekanan yang wujud di dalam kawah akibat pemanasan air oleh magma.

– AFP

scroll to top