Wednesday , 24 October 2018

Home » Bencana » 14 maut akibat gelombang haba di Jepun

14 maut akibat gelombang haba di Jepun

July 17, 2018 3:29 pm Category: Bencana, Dunia A+ / A-
14 maut akibat gelombang haba di Jepun

Fenomena gelombang haba ekstrem mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang ketika cuti hujung minggu di Jepun. - Foto AFP

TOKYO,. Fenomena gelombang haba ekstrem mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang ketika cuti hujung minggu di Jepun, lapor media tempatan hari ini manakala suhu tinggi menghalang usaha pemulihan di kawasan dilanda banjir di mana lebih 200 maut minggu lalu.

Suhu ketika sambutan hari kebangsaan semalam meningkat melebihi 39 darjah Celsius di sesetengah kawasan pedalaman, ditambah kelembapan tinggi untuk menghasilkan keadaan berbahaya, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Media melaporkan, sekurang-kurangnya 14 maut sejak tiga hari lalu termasuk seorang wanita warga emas berusia 90-an yang ditemui tidak sedarkan diri di sebuah padang. Ribuan lain dirawat di hospital akibat cuaca panas.

Panas melampau itu paling dirasai di kawasan daratan seperti daerah Gifu, apabila suhu meningkat kepada 39.3 darjah Celsius di bandar Ibigawa semalam, paling panas di negara itu. Ibu kota ini merekodkan suhu tinggi 34 darjah Celsius semalam.

Suhu di sebahagian barat Jepun yang dilanda banjir mencecah 34.3 darjah Celsius tengah hari ini, mencetuskan keadaan bahaya untuk anggota tentera dan sukarelawan yang membersihkan lumpur dan runtuhan.

“Cuaca amat panas. Apa yang kami boleh lakukan ialah minum banyak air,” kata seorang lelaki di Okayama kepada saluran televisye NHK.

Suhu melebihi 35 darjah Celsius dan ke atas, dikenali di Jepun sebagai ‘hari panas melampau’ direkodkan di 200 lokasi sekitar Jepun Ahad lalu, kata JMA, dianggap luar biasa untuk Julai namun tidak dijangka.

Suhu panas melampau sama dilaporkan dari 213 lokasi pada Julai 2014.

Tahun lalu, 48 maut akibat gelombang haba antara Mei dan September dengan 31 kematian pada Julai sahaja, menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran.

-Reuters

scroll to top