Saturday , 17 November 2018

Home » Nasional » 1MDB : Najib dipanggil SPRM kali ketiga

1MDB : Najib dipanggil SPRM kali ketiga

October 16, 2018 3:10 pm Category: Nasional A+ / A-
1MDB : Najib dipanggil SPRM kali ketiga

KUALA LUMPUR,. Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya untuk diambil keterangan berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber SPRM, Najib telah hadir ke SPRM pada 10 pagi tadi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Najib telah hadir untuk diambil keterangan berhubung 1MDB dan lain-lain kes,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 Okt lalu, Najib memberi keterangan hampir tiga jam di Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), di Menara KPJ, Jalan Tun Razak.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sebelum ini dilaporkan akan memanggil semula Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berikutan pihak berkuasa memerlukan maklumat tambahan daripada pasangan terbabit untuk membantu siasatan.

— BERNAMA

scroll to top