Tuesday , 22 August 2017

Home » Dunia » 2 Hari 30 Kanak-kanak mati di hospital India

2 Hari 30 Kanak-kanak mati di hospital India

August 12, 2017 9:04 am Category: Dunia A+ / A-
2 Hari 30  Kanak-kanak mati di hospital India

23 kanak-kanak maut semalam kerana syarikat yang membekalkan oksigen menghentikan perkhidmatan

LUCKNOW: Lebih 30 kanak-kanak dilaporkan mati di sebuah hospital kerajaan di utara India dalam tempoh 48 jam, kata polis hari ini, dikatakan berpunca kekurangan bekalan oksigen dalam wad.

Kanak-kanak terbabit dirawat di Hospital Baba Raghav Das di daerah Gorakhpur di utara Uttar Pradesh, negeri paling padat di India, dipimpin parti sayap kanan Bharatiya Janata Party (BJP).

“Hospital berkata 23 kanak-kanak maut semalam dan 11 pada hari ini. Buat masa ini kami hanya memiliki maklumat sedemikian. Kes ini sedang disiasat,” kata Superintendan Kanan Polis Satyarth Aniruddha Pankaj.

Pelbagai laporan media berkata, kanak-kanak malang itu maut selepas syarikat yang membekalkan oksigen menghentikan perkhidmatan itu berikutan hutang berjumlah jutaan rupee.

Majistret bandar V K Srivastava bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan berkata, hospital memiliki silinder oksigen mencukupi dalam simpanannya.

“Kematian itu bukan disebabkan kekurangan oksigen seperti dilaporkan. Bekalan dihentikan semalam (Khamis) namun hospital memiliki bekalan cukup dalam simpanan.

“Banyak kes akut dirujuk ke hospital dan secara purata antara 10 hingga 11 kanak-kanak maut setiap hari. Pasukan khas sudah meneliti perkara itu,” katanya.

– AFP

scroll to top