Monday , 21 May 2018

Home » Bencana » 2,000 lari, gempa landa Jawa Tengah

2,000 lari, gempa landa Jawa Tengah

April 19, 2018 5:17 pm Category: Bencana, Dunia A+ / A-
2,000 lari, gempa landa Jawa Tengah

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 4.4 magnitud memaksa kira-kira 2,000 penduduk melarikan diri apabila kediaman mereka runtuh, kata seorang pegawai penyelamat, hari ini.

Gegaran sederhana yang melanda daerah Banjarnegara, Jawa Tengah lewat petang semalam turut menyebabkan dua terbunuh dan lebih 20 yang lain cedera.
agmmapp.transformed
“Semua mangsa terbunuh atau cedera disebabkan bangunan runtuh. Mereka dirawat di hospital atau dipindahkan ke penempatan sementara,” kata agensi penyelamat kebangsaan dalam satu kenyataan.

Gempa bumi, salah satu bencana alam yang kerap berlaku di Indonesia kerana kedudukannya yang berada di atas ‘Lingkaran Api’ Pasifik, titik panas disebabkan aktiviti seismik akibat geseran antara plat tektonik.

– Reuters

scroll to top