Monday , 23 October 2017

Home » Bencana » 21 maut dalam kebakaran dahsyat California

21 maut dalam kebakaran dahsyat California

October 12, 2017 12:04 pm Category: Bencana, Dunia A+ / A-
21 maut dalam kebakaran dahsyat California

SANTA ROSA (Amerika Syarikat): Lebih 200 jentera dan kakitangan bomba dikerah dari beberapa negeri berhampiran California semalam untuk membantu memadam kebakaran yang kini mengakibatkan 21 korban dengan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal.

Ketua bomba California, Ken Pimlott berkata, angka korban antara kebakaran paling dahsyat di California itu kini 21 orang dan dijangka meningkat.

“Ini adalah satu bencana besar yang serius dan kritikal dan kami akan berada di sini untuk satu jangka masa yang lama,” kata Pimlott.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire) berkata, wilayah itu masih merasai kesan kemarau lima tahun.

“Akibat tanah dan tumbuhan yang kering, kebakaran mudah merebak,” katanya.

Sebelas daripada jumlah kematian dilaporkan di Sonoma County, manakala enam lagi di Mendocino County manakala masing-masing dua lagi kematian dilaporkan di Napa County dan Yuba County.

– AFP

scroll to top