Sunday , 19 August 2018

Home » Bencana » 2,430 hektar hutan terbakar di Sydney

2,430 hektar hutan terbakar di Sydney

April 16, 2018 1:30 pm Category: Bencana, Dunia A+ / A-
2,430 hektar hutan terbakar di Sydney

Ratusan anggota bomba berusaha memadam kebakaran belukar berhampiran pinggir bandar di Sydney. - Foto AFP

SYDNEY,. Ratusan anggota bomba berusaha memadam kebakaran belukar berhampiran pinggir bandar ini hari ini, namun tiada rumah musnah atau mangsa cedera dalam kejadian itu menurut pihak berkuasa.

Polis New South Wales (NSW) sedang menyiasat punca kebakaran belukar di barat daya ibu kota ini yang bermula tengah hari Sabtu disyaki sengaja dimulakan ketika cuaca musim luruh agak panas dengan angin kencang.

Kebakaran itu memusnahkan lebih 2,430 hektar kawasan dengan beberapa penduduk terpaksa berpindah.

“Agak luar biasa insiden kebakaran tidak membabitkan kehilangan nyawa atau hartanah dan semua ini hasil kerja keras perkhidmatan bomba,” kata Pemangku Menteri Perkhidmatan Kecemasan Mark Speakman kepada media hari ini.

Pesuruhjaya Bomba NSW Shane Fitsimmons berkata, satu-satunya laporan kerosakan adalah pagar dan rumah permainan kanak-kanak.

Beliau menambah, beberapa keadaan termasuk musim panas kering menyumbang kepada situasi buruk kebakaran.

-AFP

scroll to top