Tuesday , 20 November 2018

Home » Dunia » 29 juta data pengguna Facebook terjejas

29 juta data pengguna Facebook terjejas

October 13, 2018 11:53 am Category: Dunia, Nasional, Teknologi A+ / A-
29 juta data pengguna Facebook terjejas

SAN FRANCISCO/NEW YORK,. Facebook Inc (Facebook) mendedahkan serangan siber menggunakan program yang berpindah secara automatik dari satu akaun ke akaun lain, berjaya mencuri data 29 juta pemilik akaun laman sosial itu.

Jumlah itu adalah lebih rendah berbanding 50 juta profil seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Facebook berkata, semua pemilik akaun terbabit akan dimaklumkan mengenai perkara itu dalam tempoh beberapa hari lagi, termasuk mengenai maklumat yang terjejas dalam serangan siber berkenaan.

Menurut pakar keselamatan siber dan penganalisis kewangan, pelanggaran itu menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada serangan memancing data.

Selain itu, pengguna juga terdedah kepada risiko ketika memuat naik mesej secara peribadi, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan susulan beberapa skandal membabitkan laman sosial itu.

Penyerang terbabit dilaporkan mengambil data peribadi seperti tarikh lahir, majikan, kelayakan pendidikan, pilihan agama, jenis peranti yang digunakan, laman web yang sering dilayari, pencarian terkini dan lokasi daftar masuk milik 14 juta pengguna Facebook.

Bagi 15 juta lagi pengguna Facebook, pelanggaran hanya membabitkan nama dan butiran hubungan. – Reuters

scroll to top