Tuesday , 20 November 2018

Home » Dunia » 30 akaun Facebook, 85 akaun Instagram disekat

30 akaun Facebook, 85 akaun Instagram disekat

November 6, 2018 1:00 pm Category: Dunia, Politik, Teknologi A+ / A-
30 akaun Facebook, 85 akaun Instagram disekat

SAN FRANCISCO,. Facebook menyekat 30 akaun di platform media sosial itu dan 85 akaun di rangkaian perkongsian foto, Instagram berikutan khuatir ia dikaitkan dengan entiti asing dan bertujuan mengganggu pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS), katanya semalam.

“Pada petang Ahad lalu, pihak berkuasa AS menghubungi kami berhubung aktiviti dalam talian yang berjaya dikesan baru-baru ini dan mereka percaya ia mungkin ada kaitan dengan entiti asing,” kata Facebook dalam entri blognya.

“Penyiasatan peringkat awal kami setakat ini mengenal pasti kira-kira 30 akaun Facebook dan 85 akaun Instagram mungkin terbabit dalam tingkah laku yang menyalahi undang-undang.

“Kami terus menyekat akaun-akaun ini dan menyiasatnya secara terperinci.”

– AFP

scroll to top