Tuesday , 23 October 2018

Home » Dunia » 32 anggota Daesh maut dalam pertempuran

32 anggota Daesh maut dalam pertempuran

February 11, 2018 7:55 am Category: Dunia A+ / A-
32 anggota Daesh maut dalam pertempuran

Rami Abdel Rahman.Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria

BEIRUT,. Lebih 30 anggota militan Daesh terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pasukan keselamatan Syria di barat laut wilayah Idlib, semalam.

Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, Rami Abdel Rahman berkata, 32 anggota militan itu disahkan terbunuh dalam pertempuran semalam.

Menurut beliau, pasukan Syria melancarkan serangan ke atas Idlib sejak Disember lalu bagi merampas semula wilayah dikuasai satu lagi kumpulan militan, Hayat Tahrir al-Sham (HTS).

HTS berada di bawah penguasaan bekas rakan sekutu Al-Qaeda di Syria yang juga musuh utama Daesh.

Pertempuran semalam adalah yang terkini selepas kejayaan pasukan keselamatan menghalau Daesh dari wilayah jiran Hama dan Aleppo.

Perang saudara di Syria yang bermula dari bantahan anti kerajaan sehingga kini telah meragut lebih 340,000 nyawa manakala jutaan rakyat lagi terpaksa hidup sebagai pelarian sejak Mac 2011.

– AFP

scroll to top