Friday , 21 September 2018

Home » Bencana » 33 maut gelombang haba di Kanada

33 maut gelombang haba di Kanada

July 6, 2018 10:42 am Category: Bencana, Dunia A+ / A-
33 maut gelombang haba di Kanada

Fenomena gelombang haba di Quebec sudah mengorbankan 33 orang. - Foto hiasan/Reuters

MONTREAL,. Fenomena gelombang haba di Quebec sudah mengorbankan 33 orang, sejak seminggu lalu, ketika suhu musim panas tinggi melanda timur Kanada, kata pihak berkuasa, semalam.

Sebanyak 18 kematian dilaporkan di ibu negeri Montreal, kata pengarah kesihatan awam wilayah, Mylene Drouin.

Katanya, kebanyakan mangsa di bandar itu adalah lelaki berusia antara 53 hingga 85 yang tinggal di kawasan terdedah dan tanpa akses kepada penghawa dingin. Baki kematian lain berlaku di beberapa daerah penduduk berbahasa Perancis.

Agensi alam sekitar Kanada menjangkakan suhu maksimum 35 darjah Celcius, semalam dengan indeks haba (rasa suhu pada badan manusia) sehingga 45 darjah Celcius.

– AFP

scroll to top