Tuesday , 23 July 2019

Home » Bencana » 33,402 pekerja sektor swasta diberhentikan – Kulasegaran

33,402 pekerja sektor swasta diberhentikan – Kulasegaran

July 1, 2019 12:18 pm Category: Bencana, Dewan Rakyat A+ / A-
33,402 pekerja sektor swasta diberhentikan – Kulasegaran

KUALA LUMPUR,. Seramai 33,402 orang diberhentikan kerja dalam sektor swasta bagi tempoh Mei 2018 hingga Mei 2019, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata daripada jumlah itu, rekod Jabatan Tenaga Kerja menunjukkan sektor pembuatan mencatat pemberhentian tertinggi melibatkan 13,619 pekerja diikuti aktiviti khidmat dan sokongan seramai 6,447 pekerja dan maklumat dan komunikasi sejumlah 2138 pekerja.

“Antara tindakan pemberhentian itu berpunca daripada isu ketidakstabilan pasaran ekonomi global dan keengganan menggunakan teknologi malumat dan komunikasi dalam kehidupan seharian,” katanya.

— BERNAMA

scroll to top