Thursday , 15 November 2018

Home » Bencana » 49 maut banjir, tanah runtuh di Jepun

49 maut banjir, tanah runtuh di Jepun

July 8, 2018 7:12 am Category: Bencana, Dunia A+ / A-
49 maut banjir, tanah runtuh di Jepun

Dianggarkan 49 orang maut sementara 48 mangsa lagi masih hilang di barat dan tengah Jepun, ketika hujan lebat melanda kawasan itu. - Foto EPA

TOKYO,. Sekurang-kurangnya 49 orang maut sementara 48 mangsa lagi masih hilang di barat dan tengah Jepun, ketika hujan lebat melanda kawasan itu, lapor stesen televisyen kerajaan NHK, semalam dengan lebih 1.6 juta penduduk terpaksa berpindah.

Agensi Meteorologi Jepun mengekalkan amaran cuaca khas untuk tiga wilayah di kepulauan utama Honshu berbanding di lima wilayah sebelum ini dan menggesa penduduk berjaga-jaga dengan tanah runtuh, peningkatan paras sungai.

Rakaman daripada helikopter menunjukkan ramai mangsa berada di atas bumbung melambai untuk meminta bantuan di Kurashiki dan tentera Jepun sedang menyelamatkan kanak-kanak menggunakan bot dari sebuah sungai melimpah di Hiroshima.

Antara mangsa maut termasuk seorang lelaki yang jatuh daripada jambatan ke dalam sungai di barat bandar Hiroshima dan seorang lagi lelaki berusia 77 tahun di Takashima yang terletak 56 kilometer dari Kyoto hanyut dalam terusan, ketika sedang mengalihkan sisa runtuhan, kata NHK.

– Reuters

scroll to top