Sunday , 23 September 2018

Home » Dunia » 55 cedera kereta api tergelincir di Mesir

55 cedera kereta api tergelincir di Mesir

July 14, 2018 7:12 am Category: Dunia A+ / A-
55 cedera kereta api tergelincir di Mesir

Penduduk tempatan melihat keretapi tergelincir yang menyebabkan 55 penumpang cedera di Kaherah. - Foto AFP

KAHERAH: Lima puluh lima cedera semalam apabila tiga gerabak kereta api tergelincir di selatan ibu negara Mesir, kata Kementerian Kesihatan.

“Lima puluh lima dipindahkan ke unit kecemasan tetapi nahas tidak mengorbankan sesiapa,” kata Timbalan Menteri Kesihatan, Ahmed Mohi al-Qassed.

Pejabat pendakwa raya awam membuka siasatan untuk menentukan punca kejadian di wilayah Badrashin itu, 20 kilometer ke selatan Kaherah.

– AFP

scroll to top