Sunday , 26 May 2019

Home » Bisnes » 5G; U Mobile, TIME jalin usaha sama

5G; U Mobile, TIME jalin usaha sama

May 10, 2019 1:05 pm Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
5G; U Mobile, TIME jalin usaha sama

KUALA LUMPUR,. U Mobile Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama TIME dotCom Bhd sebagai sebahagian daripada strategi 5G.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua syarikat berkata kerjasama itu akan menyaksikan U Mobile memanfaatkan penyelesaian ‘backhaul’ latensi rendah dan berkelajuan tinggi TIME bagi ujian langsung 5G.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck, berkata syarikat itu komited untuk membawakan manfaat teknologi 5G kepada rakyat Malaysia.

“Justeru, kami menjalankan ujian 5G dalam beberapa vertikal daripada pendidikan kepada penjagaan kesihatan dan permainan bagi memastikan binaan 5G yang tepat demi membolehkan keupayaan teknologi itu dimaksimumkan sepenuhnya apabila pelaksanaan komersial berlaku,” katanya.

Beliau berkata, TIME adalah penyedia telekomunikasi pertama di Malaysia dan penyedia perkhidmatan kedua di dunia yang mencapai persijilan Metro Ethernet Forum (MEF) 3.0.

“Dengan itu, U Mobile percaya TIME akan berada dalam kedudukan terbaik untuk menyediakan penyelesaian ‘backhaul’ mudah alih sewajarnya bagi ujian langsung 5G kami,” katanya.

Pengarah Eksekutif TIME, Lee Guan Hong, berkata syarikat meletakkan kepercayaan terhadap inovasil teknologi.

“Hasilnya, kami berupaya menyediakan perkhidmatan setanding dengan standard global yang boleh menyokong evolusi rangkaian teknologi seperti 5G,” katanya.

scroll to top