Friday , 20 July 2018

Home » Bencana » 8 pelombong terperangkap akibat gempa bumi

8 pelombong terperangkap akibat gempa bumi

May 4, 2018 10:34 am Category: Bencana, Dunia A+ / A-
8 pelombong terperangkap akibat gempa bumi

Gambar Hiasan

JOHANNESBURG,. Seorang pelombong maut, manakala lima lagi disahkan masih hilang selepas gempa bumi melanda kawasan berhampiran lombong emas milik syarikat Sibanye-Stillwater di pinggir bandar di sini, semalam.

“Seramai 13 pelombong masih terperangkap kira-kira tiga kilometer dari permukaan tetapi pihak penyelamat berjaya membawa beberapa daripada mereka keluar,” kata jurucakap syarikat itu, James Wellsted kepada AFP.

Bagaimanapun, seorang daripada pelombong yang berjaya diselamatkan itu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

“Pusat gempa bumi terletak berhampiran lokasi pelombong sedang bekerja.

“Lapan pelombong masih terperangkap, tetapi lokasi tiga daripada mereka sudah berjaya dikenal pasti, manakala lima lagi masih hilang,” kata Wellsted.

– AFP

scroll to top