Thursday , 18 January 2018

Home » Bisnes » AFFINBANK meterai Ikrar Bebas Rasuah

AFFINBANK meterai Ikrar Bebas Rasuah

January 10, 2018 7:53 am Category: Bisnes, Nasional A+ / A-
AFFINBANK meterai Ikrar Bebas Rasuah

Kamarul Ariffin bersama Shamshun Baharin selepas majlis pemeteraian Ikrar Bebas Rasuah di Menara Affin, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR,. Kumpulan AFFINBANK (AFFINBANK) hari ini dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memeterai Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Majlis memeterai dan membaca IBR di Menara Affin itu diketuai sendiri oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AFFINBANK, Kamarul Ariffin Mohd Jamil.

Ia disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Kamarul Ariffin berkata, AFFINBANK mengalu-alukan inisiatif IBR dengan hati terbuka kerana ia sangat bersesuaian dengan program transformasi strategik kumpulan iaitu AFFINITY.

“Antara objektif AFFINITY adalah memupuk sikap integriti dalam kalangan kakitangan dari semua peringkat di bank dalam kerja harian mereka,” katanya.

IBR adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh SPRM yang memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu.

Ia bagi memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar itu faham akan tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan berkenaan.

scroll to top