Monday , 16 July 2018

Home » Dunia » Agen saraf diletak dalam bagasi

Agen saraf diletak dalam bagasi

March 17, 2018 10:39 am Category: Dunia A+ / A-
Agen saraf diletak dalam bagasi

Pegawai polis mengiringi trak tentera, membawa bagasi Sergei Skripal yang dipercayai mengandungi toksin di Salisbury, selatan England. - Foto AFP

LONDON,. Toksin saraf gred tentera yang meracun bekas ejen Russia, Sergei Skripal diletakkan dalam bagasi anak perempuannya sebelum beliau meninggalkan Moscow, lapor akhbar The Telegraph memetik sumber tidak dikenal pasti.

Skripal, 66, dan anak perempuannya, Yulia, 33, ditemui terjelepok tidak sedarkan diri di atas bangku di luar sebuah pusat beli belah di bandar selatan England di Salisbury pada 4 Mac lalu. Mereka kini dalam keadaan kritikal di hospital sejak itu.

Yulia terbang ke ibu kota ini dari Russia pada 3 Mac lalu, menurut polis antikeganasan.

Penyiasat British kini sedang merungkai teori bahawa toksin itu diletakkan sama ada dalam pakaian atau kosmetik atau hadiah yang dibuka di rumah anak beranak itu di Salisbury, kata Telegraph, memetik sumber.

Britain berkata, toksin yang turut meracun seorang pegawai polis tempatan di tempat kejadian adalah Novichok, agen saraf membawa maut, dibangunkan kali pertama oleh tentera Soviet.

Susulan penggunaan senjata kimia itu di bumi Eropah sejak Perang Dunia Kedua, Britain mengaitkan kesalahan itu ke atas Moscow dan memberi tempoh seminggu kepada perisik yang bertaraf diplomat di kedutaan negara itu di sini, untuk meninggalkan United Kingdom (UK).

Britain, Amerika Syarikat, Jerman dan Perancis secara bersama menggesa Russia kelmarin menjelaskan bagaimana toksin itu digunakan di sini. Russia menafikan sebarang pembabitan sebaliknya menuduh London meningkatkan sentimen antiRussia.

-Reuters

scroll to top