Thursday , 25 April 2019

Home » Dunia » Agensi penerbangan AS pertahan pesawat terbabit kemalangan

Agensi penerbangan AS pertahan pesawat terbabit kemalangan

March 18, 2019 12:06 pm Category: Dunia A+ / A-
Agensi penerbangan AS pertahan pesawat terbabit kemalangan

NEW YORK,. Agensi penerbangan Amerika Syarikat (AS) berkata semalam, ia mengikut prosedur standard dalam meluluskan pesawat Boeing selepas sistem anti-pegun jet itu disiasat susulan nahas mengerikan di Habsyah dan Indonesia.

“Program pensijilan MAX 737 adalah mengikut proses pensijilan standard FAA,” kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu emel kepada AFP.

Ia berkata, prosedurnya adalah ‘mantap dan menghasilkan reka bentuk pesawat yang selamat secara konsisten.’

Namun, laporan wujudnya persamaan antara kemalangan Ethiopian Airlines 737 Max 8 pada 7 Mac lalu yang membunuh kesemua 157 penumpang dan pesawat Lion Air yang terhempas Oktober lalu di Indonesia, mengorbankan 189 orang, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap pesawat itu.

737 MAX secara relatifnya adalah pesawat baharu yang memulakan perkhidmatan pada Mei 2017, bersaing di pasaran dengan pesawat jarak sederhana A320 Neo Airbus.

Menteri Pengangkutan Ethiopia, Dagmawit Moges berkata semalam, satu kajian ke atas perakam data pesawat yang diambil dari pesawat Habsyah itu menunjukkan ‘persamaan yang jelas’ dengan penerbangan Lion Air di Indonesia.

Beliau berkata persamaan itu akan menjadi ‘subjek kepada kajian lanjutan’. – AFP

scroll to top