Sunday , 19 August 2018

Home » Nasional » Agihan Kerusi DUN Selangor Dimuktamad Akhir Bulan Ini

Agihan Kerusi DUN Selangor Dimuktamad Akhir Bulan Ini

February 14, 2018 7:43 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
Agihan Kerusi DUN Selangor Dimuktamad  Akhir Bulan Ini

Dr Xavier Jayakumar

SHAH ALAM,.Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan, Dr Xavier Jayakumar mengakui masih terdapat percanggahan dan pertindihan kerusi yang dituntut parti komponen dalam Pakatan Harapan Selangor, untuk pilihan raya unum tahun ini.

Terdapat 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dimuktamadkan selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Lima belas kerusi DUN itu termasuk yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan PAS pada PRU13.

“Kesemua kerusi itu adalah yang kami ‘letakkan dalam satu bakul’ sebagai kerusi yang boleh diterima semua pihak.Jadi kerusi-kerusi itu akan diagihkan kepada semua parti komponen PH,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, Xavier bersama pimpinan PH Selangor dan PH Nasional bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyerahkan lebih 200 bantahan terhadap syor kedua kajian persempadanan semula kawasa pilihan raya di Selangor di pejabat SPR itu.

Tempoh bantahan berakhir esok.

Ditanya mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berkeras mahu bertanding di 12 kerusi DUN dimenangi BN, beliau berkata semua parti mempunyai kerusi DUN tertentu yang ingin ditandingi, namun pihaknya tetap berpegang kepada pendirian Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa pengagihan kerusi DUN harus bersandarkan kepada ‘faktor boleh menang’.

“Semua orang ada angka masing-masing tetapi kita berpegang kuat pada apa yang disebut oleh Pengerusi PH (Mohamed Azmin) iaitu boleh menang…tidak kira parti mana, calon mana tetapi kena ada faktor boleh menang, kita nak menang Selangor.

“Kalau parti kata nak 12, 13 (kerusi DUN), dan sebagainya tetapi tidak boleh menang apa gunanya,” katanya.

Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin sebelum ini dilaporkan berkata PPBM tetap akan mempertahankan bertanding 12 kerusi DUN selaras dengan matlamat asal penubuhan parti yang mahu bersaing dengan UMNO pada PRU14.

— BERNAMA

scroll to top