Wednesday , 22 August 2018

Home » Dunia » Ahli Dewan wanita disiasat salah laku seks

Ahli Dewan wanita disiasat salah laku seks

February 10, 2018 2:07 pm Category: Dunia A+ / A-
Ahli Dewan wanita disiasat salah laku seks

Cristina Garcia.

LOS ANGELES,. Seorang ahli Dewan wanita secara suka rela mengambil cuti tanpa gaji sementara siasatan salah laku seksual terhadapnya membabitkan dua lelaki dijalankan, dakwaan yang jarang berlaku membabitkan pelaku perempuan dalam kontroversi seumpama itu di California.

LA Times melaporkan, ahli Dewan, Cristina Garcia, 40, yang sebelum ini antara yang paling lantang bersuara mengkritik salah laku seks terutama dalam kempen #MeToo menafikan semua dakwaan bahawa dia berkelakuan tidak sopan terhadap dua lelaki, iaitu seorang kakitangan legislatif serta seorang pelobi.

Susulan itu, dia mengumumkan dalam satu kenyataan akan mengambil cuti tanpa gaji sementara siasatan terhadap perlakuannya diselesaikan.

“Seperti saya katakan sebelum ini, sebarang dakwaan gangguan seksual mesti dipandang serius dan saya percaya kami yang dilantik rakyat mesti mempunyai tahap kebertanggungjawapan lebih tinggi,” katanya.

Dia yang sebelum ini lantang memperjuangkan pergerakan #MeToo malah turut mengongsikan pengalamannya diganggu secara seksual selepas dilantik menjadi ahli Dewan kini antara kes yang jarang berlaku membabitkan wanita yang dituduh secara terbuka melakukan gangguan seksual. Malah kelantangannya terhadap isu gangguan seksual sebelum ini menjadikannya antara wanita yang diketengahkan dalam majalah Time sebagai sebahagian daripada keluaran Person of the Year.

Seorang lagi wanita dalam politik Amerika Andrea Ramsey, calon Kongres Demokrat di Kansas juga berdepan tuduhan salah laku seks sehingga akhirnya menarik diri daripada pencalonan.

Dakwaan terhadap Cristina pertama kali disiarkan pada Khamis lalu oleh akhbar Politico dengan dua orang terbabit mengaku tidak melaporkan kejadian secara rasmi termasuk seorang daripadanya bimbang bersuara kerana keadaan pelik membabitkan tuduhan mangsa lelaki terhadap pelaku wanita. Dua kejadian itu didakwa berlaku pada 2014 dan 2017.

– LA Times

scroll to top