Wednesday , 24 October 2018

Home » Bisnes » AirAsia, Airbus jalin kerjasama

AirAsia, Airbus jalin kerjasama

July 20, 2018 8:38 am Category: Bisnes A+ / A-
AirAsia, Airbus jalin kerjasama

Tan Sri Tony Fernandes

SEPANG,. AirAsia dan Airbus kini dalam proses mengadakan perbincangan untuk menjalinkan usaha sama bagi membangunkan pusat perindustrian aeronautik di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes, berkata projek itu akan dilaksanakan bersama kajian yang akan dijalankan dalam tempoh 18 bulan, termasuk analisis terperinci dalam teknikal, pemasaran dan kewangan.

“Pilihan yang sedang dipertimbangkan termasuk penubuhan fasiliti penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), pusat latihan, pusat data dan kemungkinan jalinan usaha sama industri.

“Kajian merangkumi kajian tapak, mengenal pasti aset sedia ada industri, analisis pasaran, dan menyenarai pendek peluang dalam industri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini

Tony berkata, menerusi kerjasama dengan Airbus itu, ia diyakini akan memberi manfaat kepada ekonomi negara.

“Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengenal pasti nilai pelaburan daripada Airbus.

“Dengan Airbus menyumbang kepakaran pada projek ini, saya yakin ia akan memberi signifikan kepada rakyat dan ekonomi Malaysia.

“Industri ini mempunyai pelbagai kesan pengganda, menghasilkan peluang pekerjaan bergaji tinggi dan industri bernilai tinggi serta peluang pelaburan baharu,” katanya.

scroll to top