Monday , 10 December 2018

Home » Bisnes » AirAsia fokus pengembangan di Vietnam

AirAsia fokus pengembangan di Vietnam

September 14, 2018 3:54 pm Category: Bisnes A+ / A-
AirAsia fokus pengembangan di Vietnam

Tan Sri Tony Fernandes

SINGAPURA,. AirAsia Group Bhd sedang memfokuskan kepada keutamaan pengembangan di Vietnam selepas syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia Tenggara itu gagal dalam usaha meluaskan pasaran ke China.

“Kami sebahagian besarnya adalah syarikat penerbangan ASEAN,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu temubual dengan Juliette Saly di Bloomberg Television dalam satu persidangan di sini, merujuk kepada ASEAN.

“Di situlah ‘lokasi utama’ kami. Dorongan sebenar kami yang seterusnya adalah memasuki Vietnam.”

Mengukuhkan kedudukan di Vietnam bermakna AirAsia sudah mempunyai rangkaian di lima pasaran utama Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina, sekali gus mengukuhkan kedudukannya di rantau ini.

Pada Ogos, AirAsia berkata, perjanjian awal yang ditandatangani tahun lalu bagi tujuan usaha sama dengan China Everbright Group dan kerajaan Henan sudah berakhir dan tidak diperbaharui.

“Ia adalah dramatik dan meranapkan, tetapi hubungan kami dengan Everbright masih kekal kukuh dan masih terdapat ‘banyak peluang’.

“Sekarang ini, ada seseorang yang menghantar mesej kepada saya dan berkata mahu berbincang mengenai China,” kata Fernandes yang enggan mengulas lanjut.

Menurutnya, meskipun China sentiasa menyediakan banyak peluang kepada AirAsia, syarikat masih perlu berhati-hati mengenai pendekatan pasaran berkenaan. – BLOOMBERG

scroll to top