Saturday , 17 November 2018

Home » Bisnes » AirAsia perluas rangkaian ke China

AirAsia perluas rangkaian ke China

October 16, 2018 2:41 pm Category: Bisnes A+ / A-
AirAsia perluas rangkaian ke China

KUALA LUMPUR,. Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia mengembangkan jaringannya ke China dengan pengumuman perkhidmatan penerbangan terus eksklusif antara Kuala Lumpur dan Tianjin.

Penerbangan itu bakal menghubungkan 15 juta penduduk bandar persisiran pantai China itu dengan rantau Asia Tenggara dan serata dunia bermula dari 2 Disember 2018 ini.

Dikendalikan oleh sekutu jarak jauh, AirAsia X, penerbangan terus ini akan merangsang permintaan serantau melalui tambang yang nilai hebat dan membolehkan lebih ramai memulakan perjalanan mereka.

Tambang promosi bagi laluan Kuala Lumpur dan Tianjin ini akan mula dijual di airasia.com dan aplikasi mudah alih bermula 11 Oktober 2018 hingga 21 Oktober 2018 untuk tempoh perjalanan dari 2 Disember 2018 hingga 28 Mac 2019.

Tambang bermula dari RM288 sehala termasuk cukai untuk tempat duduk Standard atau RM799 sehala termasuk cukai bagi tempat duduk Premium Flatbed.
Screen+Shot+2018-10-11+at+12.31.18+AM
AirAsia juga pada masa sama akan menggandakan kapasiti tempat duduk bagi laluan terus antara Kuala Lumpur dan Changsha dari jumlah semasa yang menggunakan pesawat Airbus A320 (Kod Penerbangan AK kendalian AirAsia Malaysia).

Laluan itu akan beroperasi menggunakan pesawat Airbus A330 yang lebih besar (Kod Penerbangan D7 kendalian AirAsia X) bermula 29 Oktober 2018 atas permintaan yang semakin meningkat bagi laluan popular ini.

Tambang promosi bagi laluan Kuala Lumpur dan Changsha pula dari RM188 sehala termasuk cukai untuk tempat suduk Standard dan RM799 sehala untuk Premium Flatbed bagi tempoh perjalanan yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, pengumuman laluan eksklusif baharu antara Kuala Lumpur dan Tianjin serta peningkatan kapasiti ke Changsha akan menyumbang 300,000 kapasiti tempat duduk tambahan ke China.

“Pengumuman ini akan meningkatkan pertumbuhan, pelancongan, perdagangan dan ekonomi yang seterusnya membuka peluang merangsang ke arah kejayaan Tahun Pelancongan dan Kebudayaan China 2020, yang diimpikan oleh pemimpin kedua-dua negara ini.

“Menerusi laluan sedia ada kami ke China dan tambahan dari pengumuman hari ini kami terus memperkukuhkan kedudukan kami di Utara China dan secara keseluruhannya meningkatkan kapasiti kami ke China – salah satu pasaran yang paling pesat membangun,” kata Benyamin dalam satu kenyataan.

Dengan pelancaran destinasi baru kami Tianjin, AirAsia akan terbang ke 20 bandar di China dengan 550 penerbangan langsung seminggu dari hab di Malaysia, Thailand dan Filipina.

Tahun ini sahaja, Kumpulan AirAsia memperkenalkan 13 laluan baru ke China termasuk dari Bangkok Don Mueang ke Nanjing, Ningbo dan Chengdu; dari Kota Kinabalu, Phuket dan Krabi ke Macau; Phuket ke Kunming; Krabi ke Hong Kong; Chiang Mai dan Clark ke Taipei; Manila ke Kaohsiung; Cebu ke Shenzhen dan tidak lama lagi dari Kuala Lumpur ke Tianjin.

scroll to top