Sunday , 26 May 2019

Home » Sukan » Ajax lengkapkan kejuaraan berganda

Ajax lengkapkan kejuaraan berganda

May 16, 2019 10:32 am Category: Sukan A+ / A-
Ajax lengkapkan kejuaraan berganda

DOETINCHEM,. Ajax dimahkotakan selaku juara Belanda buat kali ke-34 awal pagi tadi selepas menang 4-1 di De Graafschap yang melengkapkan dua gelaran domestik seminggu selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara di tangan Tottenham Hotspur.

Gol daripada Lasse Schoene, Nicolas Tagliafico dan Dusan Tadic, yang menjaringkan dua gol pada babak kedua, menyaksikan skuad kendalian Erik ten Hag menang perlawanan kelapan dalam liga selepas bangkit dengan gelaran secara rasmi sudah disahkan pada hujung minggu.

65351353513335
Ajax hadir ke perlawanan terakhir musim ini dengan tiga mata di depan pencabar terdekat PSV Eindhoven dengan kelebihan 14 gol selepas mengatasi Utrecht 4-1 dan juara bertahan itu tewas 1-0 di AZ Alkmaar pada Ahad.

Keputusan itu memberikan kejuaraan berganda buat kali pertama dalam 17 tahun – Ajax menang Piala Belanda pada 5 Mei – dan pada penghujungnya menjadikan kemenangan 3-1 PSV ke atas Heracles tidak bermakna.

Bagaimanapun pasukan dari Amsterdam itu, yang mengejutkan banyak pihak dengan bola sepak menarik mereka yang hampir membawa ke final Liga Juara-Juara kali pertama dalam tempoh lebih dua dekad, bermain baik sebelum bintang mereka dijual pada musim panas ini.

Pemain tengah, Frenkie De Jong akan meninggalkan kelab itu untuk ke Barcelona pada musim panas dengan nilai 75 juta euro (RM350 juta) manakala pertahanan tengah Matthijs de Ligt, yang menyingkirkan Juventus dengan tandukan hebat pada suku akhir akan mengikut jejak rakannya itu ke Catalonia.

Selepas menyingkirkan Real Madrid pada kelompok 16 terakhir, jurulatih Franck De Boer mengakui penyerang Hakim Ziyech dan David Neres juga menjadi sasaran kelab besar Eropah pada penamat musim. – AFP

scroll to top