Sunday , 23 September 2018

Home » Dunia » Akhbar Argentina kutuk ‘bencana Piala Dunia’

Akhbar Argentina kutuk ‘bencana Piala Dunia’

June 22, 2018 7:53 am Category: Dunia, Sukan A+ / A-
Akhbar Argentina kutuk ‘bencana Piala Dunia’

BUENOS AIRES,. Media Argentina menyifatkan Lionel Messi dan pasukannya yang tewas kepada Croatia pada peringkat kumpulan sebagai satu ‘malapetaka’ dan ‘memalukan’.

Argentina kemungkinan berdepan keputusan paling memalukan terkeluar pada pusingan pertama di Russia selepas tewas 0-3 kepada Croatia di Nizhny Novgorod, menyaksikan mereka hanya mengumpul satu mata dari dua perlawanan.

Bagi akhbar Argentina, keputusan itu terlalu sukar untuk diterima.

“Satu bencana menentang Croatia, Argentina mengecewakan dan kini mungkin terkeluar daripada saingan Piala Dunia,” tulis akhbar Clarin dalam laman web mereka.

“Argentina dimalukan oleh Croatia dan menjejaskan masa depan mereka dalam pertandingan ini.” kata

La Nacion.

Diego Latorre menerusi komentar di rangkaian TV Publica memberi reaksi balas terhadap aksi hambar yang dipamerkan Messi.

“Langkah Messi terhad, dia tidak dapat bergerak, tertekan,” kata Latorre.

Laman sesawang Infobae pula menulis kekalahan itu sebagai sesuatu yang ‘memalukan’.

Infobae meletakkan punca kegagalan Argentina kepada penjaga gol Willy Caballero kerana gagal menyelamatkan gol pembukaan Croatia di awal babak kedua, dan menggambarkan jaringan itu sebagai ‘luar biasa.’

Bekas pertahanan Argentina, Oscar Ruggeri yang juga antara pemain yang membantu skuad itu menjulang Piala Dunia pada 1986, menyatakan bahawa kesalahan Caballero itu adalah “kerana kakinya harus bertindak lebih baik.”

Kekalahan Argentina itu bermakna mereka perlu menewaskan Nigeria perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan berharap keputusan lain akan memihak kepada mereka.

– AFP

scroll to top