Tuesday , 23 July 2019

Home » Dunia » Alstom antara 11 firma disaman sejumlah RM581 juta di Brazil

Alstom antara 11 firma disaman sejumlah RM581 juta di Brazil

July 9, 2019 11:48 am Category: Dunia A+ / A-
Alstom antara 11 firma disaman sejumlah RM581 juta di Brazil

BRAZIL,. Pemerhati persaingan di Brazil semalam menyaman Alstom, Bombardier dan sembilan lagi syarikat sejumlah 535 juta reais (RM581 juta) kerana melakukan pakatan sulit berhubung tender untuk membina laluan metro dan kereta api pinggir bandar.

Syarikat terbabit tergolong dalam kartel yang dipercayai memutarbelitkan sekurang-kurangnya 26 tender antara 1999 dan 2013 di empat negeri di Brazil, kata Majlis Pentadbiran Pertahanan Ekonomi (CADE).

Objektif mereka adalah untuk memecahkan pasaran, menetapkan harga, menyesuaikan keadaan, kelebihan dan cara pembabitan syarikat dalam tender,” kata CADE.

Sejumlah 11 syarikat yang didenda termasuk CAF Sepanyol dan Mitsui Jepun, berjumlah 515.6 juta reais (RM560.7 juta) dengan tambahan 19.5 juta reais (RM21.2 juta) untuk 42 pengurus.

Alstom, yang dianggap sebagai antara peneraju kartel berkenaan kini dilarang menyertai mana-mana proses tender dalam sektor kereta api Brazil selama lima tahun.

Alstom dan Bombardier Kanada juga dihalang daripada menerima subsidi awam atau pengecualian cukai untuk tempoh yang sama.

Siemens Jerman yang juga ahli kartel berkenaan, dikecualikan daripada hukuman selepas menandatangani ‘perjanjian kelonggaran’ dengan pihak berkuasa Brazil. Pihak yang didenda boleh membuat rayuan. – AFP

scroll to top