Tuesday , 20 November 2018

Home » Bencana » Amaran banjir di Hulu Terengganu, Setiu

Amaran banjir di Hulu Terengganu, Setiu

November 6, 2018 12:40 pm Category: Bencana, Nasional A+ / A-
Amaran banjir di Hulu Terengganu, Setiu

KUALA TERENGGANU,. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran kepada penduduk di dua kawasan lembangan Sungai Terengganu supaya bersiap sedia berdepan banjir yang diramal bermula hari ini.

JPS, dalam satu kenyataan, meminta penduduk di 49 kampung di Setiu dan Hulu Terengganu diminta berwaspada kemungkinan banjir yang diramal bermula malam ini.

Menurutnya, 28 kampung di sepanjang Sungai Telemong, Hulu Terengganu dan 21 kampung di sepanjang Sungai Nerus dijangka mula dilanda banjir bermula jam 10 malam ini.

Di Hulu Terengganu ia membabitkan Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Nibung, Kampung Paluh Nyior, Kampung Bukit Tanduk dan Kampung Paya Besar.

Turut dijangka terjejas ialah Kampung Jak, Kampung Matang, Kampung Menerong, Kampung Batu 24, Kampung Kepah, Kampung Pasir Dula, Kampung Teris, Basung, Kampung Tengkawang, Kampung Kuala Ping, Kampung Tapah, Kampung Temala, Kampung Tok Lawit dan KM11 Jalan Sekayu.

Bukit Balik Hidung, Kampung Pasir Pelata, Kampung Kua, Kampung Padang Stor, Kampung Bukit Perah, Kampung Lubuk Periuk, Kampung Langgar Hilir, Kampung Langgar Hulu, Kampung Baung dan Kampung Bukit Gemuruh.

Selain itu, di Setiu kawasan dijangka terjejas ialah Kampung Permaisuri, Kampung Buluh, Kampung Tasik, Kampung Nyatoh, Kampung Langkap, Kampung Che Long, Kampung Ulu Seladang, Kampung Pengkalan Merbau, Kampung Chalok, Kampung Sungai Tong.

Kampung Bukit, Kampung Telaga Putat, Kampung Laut, Pulau Gemia dan Kampung Kubang Kesing, Kampung Gong Terap, Kampung Guntong, Kampung Gelugor, Kampung Merbau Menyusup dan Kampung Guntung Dalam.

Sehubungan itu penduduk diminta berwaspada dan sentiasa menghubungi pusat kawalan operasi banjir berhampiran.

Penduduk juga boleh mendapatkan maklumat di laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir dan twitter @JPS_InfoBanjir.

scroll to top