Tuesday , 20 November 2018

Home » Bencana » Amaran ribut petir, angin kencang

Amaran ribut petir, angin kencang

November 7, 2018 12:09 pm Category: Bencana, Nasional A+ / A-
Amaran ribut petir, angin kencang

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan perairan di seluruh Negara.

Antara kawasan perairan terbabit ialah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Sarawak.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan dijangka berlarutan sehingga satu tengah hari ini.

Dalam amaran sama MMD turut menjangkakan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk aktiviti nelayan dan perkhidmatan feri.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

scroll to top