Sunday , 24 March 2019

Home » Bisnes » Anak pengasas Huawei berdepan tuduhan menipu

Anak pengasas Huawei berdepan tuduhan menipu

December 8, 2018 11:57 am Category: Bisnes, Dunia A+ / A-
Anak pengasas Huawei berdepan tuduhan menipu

Meng Wanzhou

VANCOUVER,. Pegawai Ketua Kewangan Global (CFO) telekomunikasi gergasi dunia, Huawei berdepan tuduhan menipu kerana melakukan transaksi perniagaan dengan Iran yang berdepan sekatan Amerika Syarikat, kata pendakwa ketika sebutan kes di mahkamah Kanada.

Meng Wanzhou, 46, berdepan dakwaan itu seminggu selepas penahanannya susulan permintaan ekstradisi Amerika Syarikat. Dia ditahan di Vancouver pada 1 Disember lalu ketika pertukaran pesawat dari Hong Kong ke Mexico.

Penahanan Wanzhou ternyata meningkatkan ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dan China yang baharu saja bersetuju untuk melakukan gencatan perang perdagangan.

Pendengaran kes yang berjalan selama sehari ditangguhkan sehingga Isnin ini, hakim dijangka membuat keputusan jaminan. Sehingga itu, dia akan kekal dalam tahanan.

Peguam kerajaan Kanada, John Gibb-Carsley meminta jaminan ditolak, dengan alasan Wanzhou dituduh mengadakan ‘konspirasi untuk menipu beberapa institusi kewangan’ dan jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara lebih 30 tahun.

Secara khususnya, Wanzhou dituduh berbohong kepada sebuah bank Amerika Syarikat (AS) yang dikenal pasti peguamnya sebagai ‘Hong Kong Bank’ berhubung penggunaan anak syarikat rahsia yang digunakan untuk berurusan dengan Iran kerana ia melanggar sekatan.

Bagaimanapun, Wanzhou secara peribadi menafikan hubungan antara Huawei dan anak syarikatnya SkyCom, sedangkan ‘SkyCom adalah Huawei’.

Gibb-Carsley berkata, keadaan itu meletakkan bank dalam keadaan melanggar sekatan. SkyCom dikatakan melakukan pelanggaran itu sejak 2009 hingga 2014, sedangkan Wanzhou menegaskan salah faham itu berlaku pada 2013.

Menurut peguam Wanzhou, David Martin, beliau adalah ahli lembaga pengarah SkyCom sejak seabad lalu, tetapi syarikat itu kemudiannya dijual.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa, Huawei masih mengawal syarikat itu, malah Gibb Carsley mendedahkan kakitangan SkyCom terus menggunakan identiti Huawei dan menggunakan e-mel syarikat itu.

Pendakwa itu berkata, Wanzhou juga menunjukkan perlakuan cuba mengelak daripada Amerika Syarikat beberapa tahun kebelakangan ini, sejak dia sedar siasatan sedang dilakukan berhubung perkara itu. Dia memberi alasan bahawa dia tidak mempunyai hubungan dengan Kanada dan mempunyai akses kepada kekayaan dan hubungan politik – dengan itu ia menimbulkan risiko penerbangan.

Wanzhou ditahan di Kanada pada hari sidang kemuncak ketika Presiden Donald Trump dan rakan sejawatnya, Xi Jinping bersetuju untuk menangguhkan pertikaian perdagangan yang semakin tegang antara dua gergasi ekonomi dunia itu. – AFP

scroll to top