Thursday , 20 June 2019

Home » Bisnes » Anak syarikat DRB-Hicom tubuh JVCO bagi tingkatkan pengetahuan dalam teknologi digital

Anak syarikat DRB-Hicom tubuh JVCO bagi tingkatkan pengetahuan dalam teknologi digital

June 13, 2019 7:17 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Anak syarikat DRB-Hicom tubuh JVCO bagi tingkatkan pengetahuan dalam teknologi digital

Gambar Fail,...

KUALA LUMPUR,. Anak syarikat DRB-Hicom Bhd, Proton Edar Sdn Bhd (PESB), bercadang untuk menubuhkan syarikat usaha sama (JVCO) bagi meningkatkan pengetahuannya dalam teknologi digital tinggi berkaitan automotif.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, DRB-Hicom berkata PESB telah memeterai perjanjian untuk menubuhkan JVCO dengan Altel Communications Sdn Bhd dan Ecarx (Hubei) Technology Co Ltd.

Katanya JVCO akan menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D), jualan dan perkhidmatan kenderaan bersambung (teknologi), kokpit digital, keselamatan, kenderaan autonomi dan produk berkaitan teknologi Internet of Things (IoT).

PESB adalah anak syarikat milik penuh tidak langsung Proton Holdings Bhd (PHB), yang juga 50.1 peratus milik DRB-HICOM.

DRB-Hicom berkata JVCO akan membolehkan kumpulan itu mendapat pengetahuan teknologi dalam produk dan perkhidmatan teknologi digital tinggi berkaitan industri automotif.

“Ia turut mewujudkan peluang kepada kumpulan PHB untuk menubuhkan pusat R&D kereta bersambung (teknologi) di Malaysia bagi menambah baik produk akan datang untuk memenuhi ekosistem tempatan dan serantau,” katanya.

DRB-Hicom berkata tanpa mengambil kira keadaan yang di luar jangka, JVCO yang dicadangkan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan pada masa depan.

— BERNAMA

scroll to top