Friday , 17 August 2018

Home » Sukan » Angelique Kerber Menjuarai Wimbledon

Angelique Kerber Menjuarai Wimbledon

July 15, 2018 8:52 am Category: Sukan A+ / A-
Angelique Kerber Menjuarai Wimbledon

Angelique Kerber

LONDON: Pemain Jerman, Angelique Kerber memusnahkan impian Serena Williams untuk gelaran kelapan Wimbledon dan menyamai rekod perseorangan 24 Grand Slam dengan kemenangan 6-3, 6-3 pada final sebentar tadi.

Ia adalah gelaran major ketiga Angelique untuk menambah kepada kemenangan pada Terbuka Australia dan Amerika Syarikat dimenangi pada 2016.

Serena, 36, cuba memenangi Grand Slam pertama sejak melahirkan anak perempuannya, Olympia pada September.

Angelique ialah pemain wanita pertama Jerman menang gelaran Wimbledon sejak Steffi Graf pada 1996.

– AFP

scroll to top