Tuesday , 20 November 2018

Home » Bencana » Angin kencang, laut bergelora di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak

Angin kencang, laut bergelora di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak

November 4, 2018 8:17 am Category: Bencana, Nasional A+ / A-
Angin kencang, laut bergelora di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak

KUALA LUMPUR,. Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dan ombak setinggi sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah sehingga Selasa ini.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Selasa,” kata jabatan itu.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran kategori kedua dengan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 km/j serta ombak setinggi sehingga 4.5 meter yang dijangka melanda kawasan perairan timur Condore dan barat Reef North bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, keadaan angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 km/j serta ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku kawasan perairan tenggara Samui, Tioman, Bunguran, barat Condore, Reef South, timur Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan sehingga Selasa.

— BERNAMA

scroll to top