Thursday , 29 June 2017

Home » Teknologi » Arianespace lancarkan satelit

Arianespace lancarkan satelit

May 13, 2013 5:24 am Category: Teknologi A+ / A-
Arianespace lancarkan satelit

Arianespace, pelancar Measat-1 dan MeasaT -2 untuk Malaysia, baru-baru ini mengumumkan satu kontrak pelancaran perkhidmatan dengan Intelsat SA, pembekal perkhidmatan satelit yang terkemuka di dunia, bagi melancarkan tiga satelit Intelsat sepanjang tahun 2017.

Seberat lebih enam tan setiap satu ketika dilancarkan, satelit-satelit tersebut akan diletakkan ke dalam GTO (orbit pemindahan geopegun) oleh pelancar satelit Ariane 5 ECA dari Pangkalan Angkasa Eropah yang terletak di French Guiana.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Arianespace, Jean-Yves Le Gall, berkata, pihaknya amat berbangga dapat memberikan perkhidmatan kepada pengendali satelit terbesar dunia itu

Kata beliau lagi, pihaknya amat berbangga kerana pelancaran tersebut merupakan satu penghormatan untuk meneruskan perkongsian yang terjalin hampir 33 tahun.

”Kontrak baru untuk tiga satelit ini mewakili pelancaran satelit yang ke-52, 53, dan 54 satelit telah dilancarkan oleh Arianespace untuk Intelsat – bagi kami satu pengesahan kualiti dan daya saing perkhidmatan pelancaran kami,” katanya.

Tiga misi tersebut termasuklah pelancaran satelit-satelit Intelsat bertaraf EpicNG seperti yang diumumkan baru-baru ni.

Intelsat EpicNG direka untuk menangani aplikasi wayarles dan telekomunikasi tetap, perusahaan, mobiliti, video dan aplikasi-aplikasi kerajaan yang memerlukan infrastruktur jalur lebar.

 

scroll to top