Saturday , 25 May 2019

Home » Sukan » Arsenal; Emery belum putus asa

Arsenal; Emery belum putus asa

April 25, 2019 11:07 am Category: Sukan A+ / A-
Arsenal; Emery belum putus asa

Unai Emery

WOLVERHAMPTON,. United Kingdom: Unai Emery belum menyerah kalah dalam usaha Arsenal layak ke Liga Juara-Juara musim depan biarpun pasukannya dimalukan Wolves 3-1 di Molineux, awal pagi tadi.

Ruben Neves, Matt Doherty dan Diogo Jota menjaringkan gol bagi menyekat kemaraaan pasukan Emery yang merekodkan kekalahan ketiga mereka dalam empat perlawanan Liga Perdana, sekali gus menyukarkan peluang mereka untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas.

Pengendali Arsenal itu mengakui pasukannya diatasi pemain-pemain Wolves, yang menjaringkan tiga gol dalam babak pertama perlawanan sekali gus menyukarkan pelawat untuk bangkit.

Di sebalik kekalahan itu Emery berkata pasukannya akan terus berusaha untuk layak ke Liga Juara-Juara, di mana mereka boleh capai jika menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana atau memenangi Liga Europa.

Kekalahan itu meletakkan Arsenal kini satu mata di belakang pasukan di kedudukan keempat, Chelsea.

“Saya selalunya sangat krtikal terhadap diri sendiri dan saya marah dengan diri sendiri apabila kami tidak bermain seperti mana yang kami rancangkan – bukan kepada pemain,” kata Emery apabila ditanya sama ada dia marah terhadap pasukannya.

“Yang pertama sekali adalah dengan diri saya dan selepas itu gaya saya dan idea bagi mencari jalan penyelesaian pada masa hadapan, bukan tentang mana pemain yang teruk.

“Pertama sekali saya akan fikirkan tentang jalan penyelesaian dan jalan penyelesaian bagi saya adalah bertanggungjawab terhadap perlawanan Ahad ini di Leicester dan memperoleh persembahan terbaik dan kemungkinan terbaik untuk memperoleh tiga mata.” – AFP

scroll to top