Sunday , 24 February 2019

Home » Sukan » Arsenal perlu bangkit bila bertemu Chelsea – Unai Emery

Arsenal perlu bangkit bila bertemu Chelsea – Unai Emery

January 19, 2019 7:00 am Category: Sukan A+ / A-
Arsenal perlu bangkit bila bertemu Chelsea – Unai Emery

Unai Emery

LONDON,. Unai Emery dan penyokong The Gunners.minggu lepas adalah yang paling mengecewakan dalam kelendar pada tahun ini,kami perlu bangkit bagi merialisasikan impian pasukan kata pengurus arsenal lagi.

Impak kekalahan itu menyaksikan mereka bukan saja makin jauh ketinggalan dengan pendahulu liga, Liverpool, malah memberi peluang pesaing terdekat, Manchester United kian merapati.

Apakah nasib malang itu berulang lagi atau akan berlaku kebangkitan minggu ini? Berbanding minggu lalu, lawan dihadapi kali ini bukan calang-calang. Mereka bakal menerima kunjungan pesaing terdekat, Chelsea yang ketika ini hanya setakuk di atas.

Ketika ini The Blues menduduki tangga keempat dengan himpunan 47 mata selepas 22 perlawanan, kelebihan enam mata berbanding Arsenal di tangga kelima dan juga United di tempat keenam selepas kedua-duanya terikat 41 mata.

Selaku tuan rumah The Gunners yang dilihat memiliki kelebihan, tidak boleh tewas aksi ini. Mereka perlu memastikan tiga mata kekal di Emirates agar buruan posisi empat terbaik liga kekal dilandasan disamping tidak dipintas The Red Devils.

Bagi Chelsea pula, mereka juga perlu memenangi perlawanan ini untuk terus mengukuhkan kedudukan empat teratas liga. Andai menang, ia akan memintas Tottenham Hotspur di tangga ketiga buat sementara. Ketika ini Spurs mengumpul 48 mata dan hanya turun beraksi menentang Fulham tengah malam esok.

Spurs bakal beraksi tanpa dua ayam tambatan sekali gus iaitu Harry Kane akibat kecederaan dan Son Heung-min kerana membantu Korea Selatan menghadapi Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu.

Berdasarkan kepada prestasi semasa, penulis jangkakan saingan di Stadium Emirates bakal sengit dengan Arsenal dan Chelsea pasukan berkongsi mata.

Sementara itu, Liverpool yang mendahului liga dengan kelebihan empat mata ke atas Manchester City menerima kunjungan Crystal Palace jam 11 malam ini. Di atas kertas, kelihatannya, barisan Jurgen Klopp tiada masalah untuk mengutip mata penuh.

Namun mereka perlu waspada kerana Palace sebelum ini sudah mengejutkan City. Liverpool sebelum ini memenangi lima daripada enam pertemuan terakhir dengan lawannya itu dan andai menang, mereka akan meninggalkan City dengan kelebihan tujuh mata.

Sementara itu, barisan Pep Guardiola dijangka tiada masalah mengutip mata penuh apabila berkunjung ke Stadium St John Smith bertemu Huddersfield malam esok, bagi terus menekan The Reds dipuncak.

Ole Gunnar Solksjaer pula memburu kemenangan keenam berturut-turut liga dan ketujuh bagi semua aksi sejak mengambil tugas daripada Jose Mourinho apabila menerima kunjungan Brighton malam ini. Selamat menonton.

scroll to top