Tuesday , 16 October 2018

Home » Sukan » Arsenal terus ‘borong’ pemain

Arsenal terus ‘borong’ pemain

July 12, 2018 6:49 am Category: Sukan A+ / A-
Arsenal terus ‘borong’ pemain

Matteo Guendouzi

LONDON,. Arsenal terus sibuk ‘memborong’ pemain baharu selepas sah mengikat pemain tengah Lorient, Matteo Guendouzi dengan nilai perpindahan dirahsiakan, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hari ini.

Pemain muda Perancis itu menjadi pemain baharu kelima ditandatangani Unai Emery selepas pertahanan, Stephan Lichtsteiner dan Sokratis Papastathopoulos; penjaga gol Bernd Leno serta pemain tengah, Lucas Torreira.

“Arsenal sentiasa menjadi pasukan yang dekat di hati saya dan saya mengimpikan untuk menyertai mereka sejak kecil lagi,” kata Guendouzi menerusi laman rasmi paskan itu.

“Ini satu penghormatan yang besar, ia menakjubkan. Saya harap dapat melakukan sesuatu yang hebat di sini. Tiada perkara yang lebih baik daripada menyertai pasukan yang memiliki sejarah hebat seperti Arsenal.”

Pemain berusia 19 tahun itu memulakan kariernya di akademi Paris Saint Germain sebelum menyertai akademi Lorient pada 2014.

Dia membuat penampilan pertamanya dalam Ligue 2 dua tahun lalu sebelum beraksi dalam 30 perlawanan bersama Lorient.

“Dia pemain muda yang berbakat dan banyak pasukan yang berminat dengan khidmatnya,” kata Emery.

“Dia ada potensi besar dan mendapat pengalaman beraksi dalam skuad utama Lorient musim lalu.

“Dia mahu terus belajar dan menunjukkan peningkatan, jadi kehadiran dia sangat penting untuk pasukan utama kami.”

– Reuters

scroll to top