Friday , 25 May 2018

Home » Dewan Rakyat » Artikel tohmahan punca lebih 3,000 pendeposit TH tutup akaun

Artikel tohmahan punca lebih 3,000 pendeposit TH tutup akaun

March 13, 2018 3:20 pm Category: Dewan Rakyat, Nasional, Politik A+ / A-
Artikel tohmahan punca lebih 3,000 pendeposit TH tutup akaun

KUALA LUMPUR,. Seorang saksi memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini, pada Januari dan Februari 2016, seramai 3,954 pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) menutup akaun mereka dan daripada jumlah itu, seramai 3,105 hilang kelayakan menunaikan haji termasuk hilang tahun giliran menunaikan haji.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH, Datuk Rozaida Omar, berkata akibat tindakan itu, pendeposit perlu mendaftar semula jika ingin menunaikan haji dan perlu menunggu tempoh lebih lama.

Beliau berkata, TH memantau pergerakan simpanan dan pengeluaran pendeposit setiap hari dan pada tempoh artikel berhubung TH disiarkan di media sosial pada 9 Februari 2016, terdapat banyak aktiviti pengeluaran di luar jangkaan berbanding sebelumnya.

“Walaupun sebelum ini terdapat pengeluaran wang atau penutupan akaun, namun bagi tempoh dikaji, terdapat beberapa pendeposit menyatakan dalam borang pengeluaran mereka tidak yakin dengan pengurusan TH sebagai alasan mengeluarkan wang atau menutup akaun TH,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Abazafree Mohd Abbas dalam perbicaraan terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Mengikut pertuduhan, Rafizi didakwa menyiarkan artikel bertajuk ‘Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015′ di dalam akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Februari 2016, yang mengandungi tohmahan terhadap TH yang boleh merosakkan nama baik agensi itu.

Beliau yang diwakili peguam, Gobind Singh Deo didakwa melakukan perbuatan itu di Tingkat 18, Bangunan TH, 201, Jalan Tun Razak di sini, pada jam 9 pagi, 18 Februari 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Perbicaraan di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar bersambung 4 April ini.

BH

scroll to top