Thursday , 18 January 2018

Home » Dunia » AS bentang bukti Iran langgar peraturan antarabangsa

AS bentang bukti Iran langgar peraturan antarabangsa

December 14, 2017 12:09 pm Category: Dunia A+ / A-
AS bentang bukti Iran langgar peraturan antarabangsa

Nikki Haley

NEW YORK,. Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, akan membentangkan ‘bukti tidak dapat disangkal’ menunjukkan Iran cuba menutup tindakannya melanggar peraturan antarabangsa, kata misi AS semalam.

Haley akan mengadakan sidang akhbar di Washington hari ini mengenai Iran ‘yang berterusan melakukan aktiviti yang menghuru-harakan di Asia Barat dan tempat lain di dunia.’

Arab Saudi dan AS menuduh Iran membekalkan senjata kepada pemberontak Houthi di Yaman, yang membedil peluru berpandu tetapi dapat dipintas berhampiran lapangan terbang Riyadh pada 4 November lalu.

“Haley akan membentangkan bukti kukuh bahawa Iran sengaja melanggar peraturan antarabangsa dan cuba menutup perkara itu tetapi gagal,” kata kenyataan misi.

Haley menggesa Majlis Keselamatan mengambil tindakan lebih tegas terhadap republik berkenaan, menuduh Tehran membuat perjanjian haram senjata di Yaman, Lubnan dan Syria.

Laporan sulit kepada majlis berkenaan menyebut, pegawai PBB sudah meneliti serpihan daripada peluru berpandu yang ditembak ke arah Arab Saudi yang menunjuk kepada ‘asal biasa’ tetapi tiada rumusan kukuh sama ada ia daripada pembekal Iran.

Laporan daripada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menyatakan pegawai masih meneliti maklumat itu.

– AFP

scroll to top