Thursday , 20 September 2018

Home » Dunia » AS tuduh Russia tutup pelanggaran sekatan Pyongyang

AS tuduh Russia tutup pelanggaran sekatan Pyongyang

September 14, 2018 8:15 am Category: Dunia A+ / A-
AS tuduh Russia tutup pelanggaran sekatan Pyongyang

Nikki Haley.

NEW YORK,. Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Nikki Haley menuduh Russia cuba menutup pelanggaran sekatan badan dunia itu terhadap Korea Utara yang dilakukan rakyatnya selepas Moscow menggesa perubahan dibuat terhadap laporan bebas berkaitan pelanggaran sekatan.

Laporan itu, dihantar kepada jawatankuasa sekatan Korea Utara Majlis Keselamatan bulan lalu berkata, Pyongyang tidak menghentikan program nuklear dan peluru berpandunya serta melanggar sekatan PBB terhadap eksport.

Diplomat berkata, Russia memberi tekanan kepada pemantau bebas sekatan untuk meminda laporan berkenaan. Sebanyak 15 anggota Majlis Keselamatan perlu mencapai persetujuan untuk menerbitkan laporan itu dan AS menolak penerbitan dokumen yang dipinda.

“Russia tidak boleh dibenarkan untuk menyuntung dan menghalang laporan bebas PBB berkaitan sekatan Korea Utara hanya kerana mereka tidak suka apa yang mereka katakan. Titik. Pelaksanaan penuh resolusi Majlis Keselamatan PBB kekal mandatori untuk semua negara anggota termasuk Russia,” kata Haley dalam satu kenyataan.

Misi Russia ke PBB tidak membalas permohonan untuk mengulas. Kerusi panel bebas pemantau sekatan PBB juga tidak menjawab ulasan.

Seorang diplomat berkata, laporan dipinda bagi mengeluarkan beberapa rujukan berkaitan rakyat Russia dituduh melanggar sekatan terhadap Korea Utara.

Russia dan China mencadangkan Majlis Keselamatan membincangkan melonggarkan sekatan selepas Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bertemu Jun lalu dengan jaminan berusaha ke arah gencatan senjata.

AS dan anggota lain majlis berkata, perlu ada penguatkuasaan tegas terhadap sekatan sehingga Pyongyang bertindak.

-Reuters

scroll to top