Saturday , 17 November 2018

Home » Dunia » ASEAN boleh main peranan reda ketegangan di Laut China Selatan

ASEAN boleh main peranan reda ketegangan di Laut China Selatan

October 21, 2018 10:52 am Category: Dunia, Nasional A+ / A-
ASEAN boleh main peranan reda ketegangan di Laut China Selatan

SINGAPURA,. ASEAN boleh memainkan peranan dalam meredakan ketegangan yang berlaku semula antara Amerika Syarikat dan China di perairan Laut China Selatan, menurut Singapura selaku Pengerusi ASEAN.

“ASEAN boleh memainkan peranan secara kecilan dan utama,” kata Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen dalam sesi wawancara dengan media terpilih pada akhir Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-12 dan ADMM-Plus kelima di sini, pada Sabtu.

Keadaan kembali tegang susulan insiden apabila sebuah kapal perang China hampir berlanggar dengan kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat di perairan di Laut China Selatan pada 30 Sept lepas.

Perairan tersebut terletak di wilayah yang menyaksikan tuntutan bertindih melibatkan China dan tiga negara anggota ASEAN iaitu Malaysia, Filipina dan Vietnam.

Menurut Dr Ng, semasa sesi dialog dengan Amerika Syarikat dan China, Menteri Pertahanan ASEAN “tidak berdiam diri.”

“Kami bertanya kepada mereka… Apa yang berlaku kepada kedua-dua kapal tersebut.. kami bimbang… bagaimana hubungan anda,” kata Dr Ng

Kesemua 10 Menteri Pertahanan ASEAN mengadakan mesyuarat tidak formal dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis dan Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe di sini.

“Kami sangat gembira mendengar apabila Wei Fenghe menyatakan bahawa kestabilan dan keselamatan adalah perkara paling utama bagi kepimpinan China seperti juga Mattis,” kata Dr Ng.

Kepada soalan lain mengenai Laut China Selatan, Dr Ng berkata ASEAN telah menegaskan bahawa “tiada negara mahu kejadian tidak diingini berlaku di sana.”

“Beberapa insiden adalah hasil daripada penegasan prinsipal tetapi kami mengakui kesannya terhadap mana-mana inisiden fizikal adalah sesuatu yang terlalu tinggi dan tidak perlu sama ada untuk menegaskan atau membuktikan kedudukan anda. Ia tidak produktif.

Malaysia diwakili oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang juga berada di sini sebagai sebahagian daripada lawatan pengenalan.

— BERNAMA/Massita Ahmad

scroll to top