Thursday , 13 December 2018

Home » Dunia » Asteroid bentuk tengkorak manusia bakal rentas bumi

Asteroid bentuk tengkorak manusia bakal rentas bumi

October 2, 2018 2:53 pm Category: Dunia, Nasional, Teknologi A+ / A-

Anthony Loke.

'Great Pumpkin'

‘Great Pumpkin’

SEBUAH asteroid berbentuk tengkorak manusia yang dinamakan ‘Great Pumpkin’ bakal merentasi bumi selepas sambutan Halloween pada tahun ini.

Asteroid yang dinamakan sempena buah labu yang sinonim dengan perayaan Halloween itu pernah merentasi bumi pada 31 Oktober 2015.

Selain gelaran ‘Great Pumpkin’ yang diberikan oleh saintis Nasa, ia turut dikenali sebagai Asteroid TB1456.

Sewaktu kemunculan terakhirnya sekitar tiga tahun lalu, ia dilaporkan boleh dilihat sejauh 300,000 batu dari bumi dan memiliki saiz 2,000 kaki (600 meter) dalam diameter.

Menurut perkiraan terbaharu Nasa, ia dijangka merentasi bumi sekali lagi pada 11 Oktober ini pada jarak yang lebih jauh sekitar 24 juta batu dari bumi.

Ia bersamaan dengan suku jarak antara bumi dengan matahari.

Asteroid itu turut disifatkan sebagai ‘komet kematian’ kerana bentuknya yang menyerupai tengkorak manusia.

Ia sebelum ini berjaya dikesan Nasa menerusi Fasiliti Teleskop Infra Merah (IRTF) di Manue Kea, Hawaii.

Imej lebih jelas asteroid yang memaparkan rupa tengkorak itu bagaimanapun berjaya diperolehi menerusi imej radar oleh Arecibo Observatory di Puerto Rico.

“Data IRTF menunjukkan yang ia mungkin sebuah komet yang sudah mati.

“Namun imej Arecibo pula menunjukkan yang ia berbentuk tengkorak seperti labu berhantu yang popular dalam sambutan Halloween,” kata saintis IRTF, Kelly Fast.

Sementara itu, saintis kajian di Institut Sains Planetary di Arizona berkata, komet berkenaan memantulkan enam peratus cahaya yang diterima daripada matahari. – Agensi

scroll to top