Friday , 21 June 2019

Home » Nasional » Awas! Kecurian identiti tidak mengenal mangsa

Awas! Kecurian identiti tidak mengenal mangsa

April 17, 2019 3:15 pm Category: Nasional, Teknologi A+ / A-
Awas! Kecurian identiti tidak mengenal mangsa

PETALING JAYA,. Adakah anda pasti data milik peribadi berada di dalam keadaan selamat dan tidak dapat diakses orang lain?

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CyberSecurity Malaysia (CSM), Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab, “kenaikan 20 peratus dalam bilangan kes kecurian identiti yang dilaporkan kepada kami dari 2017 hingga 2018.”

Namun, dipercayai jumlahnya lebih daripada itu kerana terdapat banyak lagi kes yang tidak dilaporkan.

“Masih ada yang tidak mengambil langkah untuk melindungi identiti mereka. Dan apabila tersedar, ia sudah terlambat.

“Maklumat itu tidak lagi bersifat peribadi, dan pelaku boleh membuka akaun, mengambil pinjaman, memperoleh atau mengalirkan baki kad kredit tanpa memegang apa-apa liabiliti kerana tidak perlu membuat bayaran balik,” tambah Amiruddin lagi.

CyberSecurity Malaysia (CSM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat RAM Credit Info (RAMCI) dalam kempen kesedaran “Stop Identity Theft” pada Selasa.

Kempen ini dianggap sebagai satu langkah positif bagi mendidik orang ramai untuk mengelakkan kecurian identiti dan memahami bahayanya.

Menurut sumber statistik insiden MyCERT 2018, kecurian identiti di Malaysia adalah sebanyak 446 kes pada 2018 berbanding 371 kes yang berlaku pada 2017.

“Kecurian identiti dalam talian boleh dilakukan melalui e-mel ‘phishing’ dan perisian yang berniat jahat”, kata Dawn Lai, Pegawai Eksekutif Korporat RAMCI, sambil menambah bahawa sesetengah penggodam juga memperoleh data daripada komputer dan peranti mudah alih yang tidak memadam data penting dengan betul.

RAMCI turut melancarkan JagaMyID Plus, alat pemantauan kredit yang akan memberi amaran kepada pengguna jika pinjaman atau kad kredit dikenakan di bawah nama anda, serta menyediakan laporan skor kredit dan perlindungan insurans di seluruh dunia.

scroll to top