Thursday , 13 December 2018

Home » Nasional » Azmin sedia lepaskan Gombak untuk Tun M

Azmin sedia lepaskan Gombak untuk Tun M

January 14, 2018 8:48 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
Azmin sedia lepaskan Gombak untuk Tun M

SHAH ALAM,. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan kesediaannya melepaskan kawasan Parlimen Gombak untuk ditandingi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor, menyatakan demikian dalam mesej akaun Twitter miliknya @AzminAli malam tadi, iaitu ‘Saya bersedia memberi laluan kepada Tun @chedetofficial di Parlimen Gombak sekiranya dipersetujui oleh KEADILAN. Mari membingkai muafakat demi rakyat’.

Beliau yang kemudian dihubungi, berkata kesediaannya itu berikutan keyakinan terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mampu memperoleh lebih banyak undi, terutama dalam kalangan penyokong UMNO, berbanding jumlah undi yang diterimanya pada PRU Ke-13.

Katanya, Dr Mahathir dipilih oleh Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri selepas ini dan langkah seterusnya adalah untuk pakatan itu memastikan pengerusi pakatan berkenaan mendapat kerusi yang baik untuk bertanding.

“Walaupun saya menang dengan jumlah undi marginal sebanyak 52 peratus, tetapi ini kerusi majoriti Melayu dan kawasan kuat UMNO untuk beberapa dekad. Saya percaya Tun boleh mendapat undi yang lebih banyak dalam kalangan pengundi UMNO pada PRU-14.

“Saya menang untuk dua penggal pada 2008 dan 2013 dan satu penggal di Hulu Kelang pada 1999 yang juga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Saya yakin Tun boleh meraih undi lebih besar,” katanya.

BH

scroll to top