Monday , 24 September 2018

Home » Sukan » Bale nafi kemenangan Barca

Bale nafi kemenangan Barca

May 7, 2018 1:18 pm Category: Sukan A+ / A-
Bale nafi kemenangan Barca

BARCELONA,. Jaringan penyerang Real Madrid Gareth Bale menafikan kemenangan juara La Liga Barcelona dalam aksi El Clasico yang berakhir dengan seri 2-2 di Nou Camp awal pagi tadi selepas skuad tuan rumah kehilangan Sergi Roberto yang dibuang padang akhir separuh masa pertama.

Voli Luis Suarez memastikan Barca di depan seawal 10 minit perlawanan susulan pergerakan pantas dan hantaran Roberto manakala Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan buat finalis Liga Juara-Juara Real lima minit kemudian dari jarak dekat.
FormatFactory07spain4.transformed
Bagaimanapun penyerang Portugal itu cedera buku lali ketika melakukan jaringan berkenaan dan digantikan tamat separuh masa pertama.

Bale hampir saja dibuang padang kerana menghentak kasutnya ke kaki Samuel Umtiti namun terlepas daripada hukuman tetapi Roberto dibuang padang beberapa detik kemudian kerana memukul Marcelo.

Lionel Messi kemudiannya menjaringkan gol ke-26 dalam aksi Clasico untuk meletakkan Barca yang beraksi dengan 10 pemain kembali di depan selepas 52 minit namun Bale menutup mulut penyokong Nou Camp dengan jaringan penyamaan.

Kedua-dua kelab memburu kemenangan dan Real mungkin mempunyai lebih banyak peluang apabila Jordi Alba melanggar Marcelo namun Barca kekal tanpa kalah dalam liga berkenaan dengan baki tiga perlawanan.

Barca ketika ini memiliki 87 mata manakala Real di tangga ketiga La Liga dengan 72 mata selepas 35 perlawanan. Atletico Madrid di tangga kedua dengan 75 mata tetapi mempunyai kelebihan satu perlawanan.

– Reuters

scroll to top