Monday , 23 October 2017

Home » Bencana » Banjir Di Kedah, Mangsa Terus Meningkat -JPBN

Banjir Di Kedah, Mangsa Terus Meningkat -JPBN

October 13, 2017 10:22 am Category: Bencana, Nasional A+ / A-
Banjir Di Kedah, Mangsa Terus Meningkat -JPBN

Mohd Akhir Saad, 52, (kiri) bersama anak saudaranya Muhamad Syukri Ahmad, 15, menahan pukat apabila sawah padi di kampung mereka ditenggelami air di Kampung Belukar, Telaga Mas, Pokok Sena ketika tinjauan banjir di sekitar bandar itu

ALOR SETAR, 13 Okt Keadaan banjir di kedah pada masa ini terkawal namun bergitu hujan masih beterusan dari semalam sehingga ke hari ini.

Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga 8 pagi ini terus meningkat kepada 175 orang berbanding 84 orang, malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kesemua mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan di daerah Kota Setar iaitu membabitkan 53 keluarga.

Seramai 46 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di Surau As Syakirin dan Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar pula menempatkan 55 mangsa daripada 17 keluarga.

Sementara itu, sebuah pusat pemindahan baharu telah dibuka pada 9 malam tadi di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah yang menempatkan 74 mangsa daripada 23 keluarga manakala Maahad Darul Hasimie telah ditutup.

Pusat pemindahan baharu itu dibuka berikutan hujan sejak 5 petang semalam namun pagi ini cuaca kembali cerah.

— BERNAMA

scroll to top