Wednesday , 17 July 2019

Home » Bisnes » Bank Rakyat sasar lebih 20 peratus pertumbuhan pinjaman Ar-Rahnu menerusi kempen baharu

Bank Rakyat sasar lebih 20 peratus pertumbuhan pinjaman Ar-Rahnu menerusi kempen baharu

June 27, 2019 7:20 am Category: Bisnes A+ / A-
Bank Rakyat sasar lebih 20 peratus pertumbuhan pinjaman Ar-Rahnu menerusi kempen baharu

KUALA LUMPUR,. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) merancang meningkatkan pengeluaran pinjaman Ar-Rahnu kepda lebih 20 peratus dalam tempoh tiga bulan kempen gadai janji yang baharu dilancarkan – ‘Kempen Emas 2 Kilo’.

Ia dijangka menyaksikan pengembangan antara dua dan lima peratus daripada akaun Ar-Rahnunya berbanding 460,000 pada masa ini pada akhir kempen pada Oktober tahun ini.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Naib Presiden Perniagaan Ar-Rahnu, Dr Mokhrazinim Mokhtar menyuarakan keyakinannya untuk mencapai sasaran berdasarkan peningkatan harga emas pada masa ini.

“Apabila harga emas naik, ia akan menggalakkan lebih ramai orang untuk menggadai emas atau barang kemas mereka untuk menerima pembiayaan yang lebih tinggi.

“Selain itu, ini merupakan cara paling mudah bagi seseorang untuk mendapatkan pembiayaan berbanding kaedah pembiayaan lain,” kata Mokhrazinim ketika ditemui di luar pelancaran kempen itu.

Sasaran itu juga disokong oleh peningkatan jumlah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menyertai program Ar-Rahnu bank itu.

Menurut Mokhrazinim, perniagaan mikro menyumbang sehingga 60 peratus daripada portfolio Ar-Rahnunya sebanyak 460,000 akaun.

Daripada jumlah itu, 90 peratus membabitkan mereka yang mencari pembiayaan, manakala 10 peratus lagi untuk simpanan,” katanya sambil menambah 70 peratus daripada pemegang akaun terdiri daripada orang Islam dan selebihnya bukan Islam.

Kempen Emas 2 Kilo yang bermula esok hingga 27 Okt 2019, bertujuan menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan perkhidmatan Ar-Rahnu Pawn Broking-i dan Ar-Rahnu X’change bank.

Sepanjang kempen, Bank Rakyat juga akan menyerahkan 26 hadiah bernilai hampir RM400,000 atau dua kilogram emas kepada pemenang sempena 26 tahun penubuhan Ar-Rahnu.

Program ini ditawarkan di semua 185 cawangan Bank Rakyat dan 74 francais Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.

Dalam ‘Kempen Emas 1 Kilo’ sebelum ini yang dilancarkan dari 1 Ogos 2017 hingga 31 Julai 2018, Bank Rakyat mencatatkan kenaikan 20.24 peratus jumlah pinjaman Ar-Rahnu.

— BERNAMA

scroll to top